Kenali personaliti anda melalui posisi duduk
Bahasa badan seseorang mampu menceritakan pelbagai perkara yang tidak diketahui dan didedahkan. Manusia kadangkala terlupa bahawa bahasa badan mencerminkan perasaan yang terpendam di dalam hati. Misalnya, jika seseorang merasa tidak yakin, dia cenderung untuk menyembunyikan dirinya bukan sahaja dari aspek mental tetapi juga fizikal. Individu ini akan memeluk tubuh seerat mungkin dan tidak kelihatan seperti seseorang yang sedang bertenang. Terdapat pelbagai kategori bahasa badan yang membolehkan kita membaca peribadi seseorang. Sama ada melalui pernafasan, ekspresi muka, pergerakan badan mahupun kedudukan tubuh, kesemuanya boleh mendedahkan personaliti seseorang. Kredit: allkpop Menerusi artikel ini, kami akan mendedahkan maksud yang tersirat di sebalik posisi duduk anda. Merapatkan kaki, menyilangkan kaki dan sebagainya boleh membawa maksud tertentu. Mari uji kebenarannya dan jika benar, kongsikannya kepada rakan dan keluarga anda. #A Lutut dirapatkan,