Perbezaan Psikologi Kaunseling dan Klinikal



Psikologi Klinikal dan Psikologi Kaunseling.


Majoriti pelajar-pelajar bidang psikologi yang memohon memasuki pusat pengajian siswazah (ijazah kedoktoran) di universiti-universiti di Amerika Syarikat amat berminat dengan kerja-kerja klinikal. Dan adalah dianggarkan hampir separuh daripada ijazah lanjutan dalam bidang psikologi yang di anugerahkan adalah dalam sub bidang klinikal dan kaunseling. (Mayne, Norcross, Sayette, 2000). 

Persoalan utama yang sering timbul adalah “ apakah perbezaan antara bidang psikologi klinikal dan juga psikologi kaunseling?”. 

Artikel ini akan cuba menyingkap persamaan dan perbezaan yang wujud di antara kedua-dua bidang tersebut berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan. Artikel ini juga diharapkan dapat merungkai persoalan-persoalan yang berkaitan melalui pilihan maklumat-maklumat yang disediakan. 

Apakah Persamaan yang wujud antara kedua-dua bidang ini?


Perbezaan yang wujud antara bidang psikologi klinikal dan psikologi kaunseling semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini. Ini menjurus kepada cadangan bahawa kedua-kedua bidang ini seharusnya digabungkan. Di Amerika Syarikat, graduan kedoktoran dalam bidang klinikal dan kaunseling mempunyai faedah professional yang sama. Misalnya dalam mendapatkan pelesenan, praktis persendirian, dan juga kemudahan insurans. APA American Psychological Association pula menggunapakai senarai internships bagi kedua-dua sub bidang psikologi klinikal dan juga kaunseling kepada pelatih-pelatihnya. Hanya terdapat beberapa perbezaan yang minor di antara kedua-dua nya. (Gaddy, Charlotte-Swilley, Nelson & Reich, 1995).

Perbezaan –perbezaan


Terdapat beberapa perbezaan yang dikategorikan sperti berikut:
Program-program kedoktoran dalam sub bidang psikologi klinikal yang ditawarkan di universiti di Amerika Syarikat adalah jauh melebihi sub bidang psikologi kaunseling. Dalam tahun 1999, terdapat hampir 194 program kedoktoran dalam bidang psikologi klinikal yang diakreditasikan oleh APA (American Psychological Association) berbanding dengan hanya 64 program kedoktoran dalam sub bidang psikologi kaunseling yang telah di akreditasikan oleh APA. Program klinikal mengeluarkan hampir 2000 ijazah kedoktoran setahun berbanding psoikologi kaunseling hanya 500 ijazah di peringkat kedoktoran yang dikeluarkan. 


Lokasi 

Dari segi lokasi, program psikologi klinikal ditawarkan di fakulti dan jabatan-jabatan psikologi manakala program kaunseling ditawarkan di pelbagai fakulti dan jabatan yang berasaingan di universiti-universiti di Amerika Syarikat. DAlam sebuah tinjauan yang dilakukan oleh APA mendapati 18% daripada program-program psikologi kaunseling ditawarkan di fakulti sains dan sastera, 75% ditawarkan di fakulti pendidikan dan hanya 6% ditawarkan di jabatan-jabatan yang berasingan. (Woerheide, 1996). 

Aktiviti profesional 

Aktiviti seharian ahli psikologi klinikal dan psikologi kaunseling juga adalah serupa. Mereka menghabiskan hamper keselurahan masa dengan melakukan psikoterapi, melatih, menjalankan penyelidikan dan melakukan penyeliaan. (Mayne et al., 2000). 

Orientasi teoretikal

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Bechtoldt (2000), terhadap orientasi teoretikal yang digunapakai dan juga seting pekerjaan berdasarkan divisyen APA iaitu Div. 12 (klinikal) dan Div. 17 (kaunseling), dapat dirumuskan bahawa 29% daripada kedua-dua divisyen menggunapakai orientasi intergratif dan eklektik, dan 26% menggunakan orientasi kognitif dalam rawatan terhadap klien mereka. Walaubagaimanapun kajian juga mendapati bahawa ahli klinikal seringkali menggunakan pendekatan ketingkahlakuan (behaviorial) dan juga psikoanalitik, manakala ahli psikologi kaunseling menggunakan pendekatan humanistik dan juga pemusatan klien (client –centered). (Norcross, 2000). 

Bidang-bidang kajian

Bidang-bidang kajian yang seringkali di lakukan oleh kedua-dua sub idang psikologi klinikal dan juga kaunseling juga adalah hamper sama. Sebagai contoh kajian mengenai ketingkahlakuan / psikologi kesihatan, kajian-kajian mengenai golongan minority dan silang budaya, proses dan hasilan psikoterapi, terapi dan penyelidikan keluarga, kanak-kanak, mood disorders, anxiety disorders, eating disorders. Secara terperincinya, program penyelidikan dalam program psikologi kaunseling lebih menumpukan terhadap bidang-bidang seperti perbezaan gender, homoseksualiti, kajian wanita, golongan minority / silang budaya, dan juga isu-isu professional seperti etika dan latihan professional. Manakala kajian-kajian yang srring dilakukan oleh ahli klinikal pula lebih menumpukan terhadap bidang-bidang psikopatologi seperti ADHD(attention deficit hyperactivity disorders), autisme, kecelaruan afektif, kecelaruan persoanliti, PTSD, skizofrenia dan lain-lain. 

Implikasi 

Kedua-dua bidang ini adalah merupakan bidang yang paling popular dalam psikologi. Ahli psikologi klinikal dan ahli psikologi kaunseling berurusan dengan aspek-aspek sebab dan akibat (cause and effect), pencegahan (prevention), diagnosis, dan rawatan terhadap individu yang mempunyai masalah psikologikal. 




Aktiviti-aktiviti ahli psikologi kaunseling sering bertindanan dengan ahli klinikal psikologi. Secara tradisinya, ahli psikologi kaunseling memberikan perkhidmatan kepada klien yang normal ataupun klien yang mengalami gangguan penyesuaian yang kurang berat. Terapi yang sering digunakan adalah melalui pendekatan kelompok dan juga individu. Kaedah penaksiran yang digunakan adalah melalui temuduga, dan juga melalui ujian-ujian, seperti penaksiran kebolehan, ujian personaliti, ujian minat kerjaya dan ujian-ujian bakat. Secara tradisinya ahli psikologi kaunseling terlibat menyediakan perkhidmatan kaunseling dalam pendidikan dan juga kerjaya. Tetapi kini, ramai pula yang mula menggunakan pendekatan kognitif dan juga biofeedback dalam terapi. 


Kerjaya ahli psikologi kaunseling secara tradisinya banyak didapati di setting pendidikan terutamanya di kolej-kolej dan universiti. Walaubagaimanapun, ahli psikologi kaunseling seperti juga ahli klinikal kaunseling bekerja di seting kesihatan seperti hospital, pusat pemulihan, klinik kesihatan mental dan juga di sektor perindustrian. 

Secara umumnya, ahli psikologi kaunseling melakukan aktiviti-aktiviti berikut:
a. Rawatan pencegahan
b. Perundingan / konsultasi
c. Pembangunan program-program outreach
d. Kaunseling kerjaya / vokasional
e. Kaunseling motivasi 

Walaubagaimanapun, kini kaunselor dan ahli psikologi kaunseling lebih memberikan perkhidmatan psikoterapi yang secara tradisinya adalah dalam bidang kuasa ahli psikologi klinikal. Mereka kurang berminat memberikan khidmat kaunseling kerjaya dan vokasional. (Fitzgerald & Osipow). 

Walaupun terdapat banyak persamaan di antara bidang kaunseling dan klinikal psikologi, terdapat juga perbezaan yang ketara di antara kedua-dua bidang ini. 

Clinical Psychologists

Bagi mereka yang melibatkan diri dalam bidang psikologi klinikal pula, mereka perlu menilai dan merawat pesakit yang mengalami masalah psikologi.
Mereka menggunakan pelbagai kaedah berkaitan ilmu psikologi dengan memberi kaunseling dan terapi.
Selain itu, ahli psikologi klinikal sentiasa bekerjasama dengan doktor, ahli psikiatri dan kakitangan perubatan dalam menangani masalah pesakit.
Secara tipikalnya, ahli klinikal merawat klien atau individu yang mengalami gangguan kecelaruan yang lebih tinggi berbanding dengan ahli psikologi kaunseling. 

Rumusan


Perbezaan di antara psikologi klinikal dan psikologi kaunseling semakin berkurangan dari semasa ke semasa sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Ada juga yang berpendapat bahawa kedua-dua bidang ini harus bergabung. Graduan diperingkat pasca siswazah dalam kedua bidang tersebut mempunyai kepentingan yang hampir sama seperti mendapatkan pelesenan, praktis persendirian, dan juga kemudahan insuran.

Aktiviti- harian yang dijalankan oleh kedua-dua professional ini juga hampir serupa. Mereka menghabiskan hampir keseluruhan masa dengan memberikan psikoterapi, pendidikan, penyelidikan, dan juga penyeliaan ( Mayne et. Al, 2000). 

Namun begitu, perbezaan ketara antara kedua-dua profesion ini dilihat dari segi jenis klien yang dihadapi, pendekatan-pendekatan dan teori yang digunapakai. Ahli klinikal bekerja dengan indidivu yang mempunyai masalah psikopatologi dan kebanyakan daripada mereka ini dilatih untuk menggunakan kaedah penaksiran individu melalui teknik-teknik projektif. Ahli psikologi kaunseling pula bekerja dengan individu atau masyarakat yang lebih waras dan matang. Mereka ini banyak memberikan perkhidmatan penaksiran dalam kerjaya dan vokasional individu. (Brems & Johnsons).

Daripada kajian-kajian lepas yang dilakukan di Amerika Syarikat, dapatan kajian yang diperolehi menggambarkan bahawa ahli klinikal dan ahli psikologi kaunseling berkerja di seting pekerjaan yang sama seperti di pusat-pusat pemulihan, perkhidmatan perundingan, dan juga praktis persendirian. 

Program –program psikologi kaunseling lebih sesuai kepada mereka yang berminat dengan proses-proses kerjaya dan vokasional, kepelbagaian etnik, dan latihan professional. Manakala program klinikal pula lebih sesuai kepada mereka yang berminat dalam psikopatologi dan juga tingkahlaku kesihatan


Artikel ini diterjemahkan dari Karya Asal oleh Norcross J.C (2000) Clinical versus Counseling Psychology: Whats the Difference?.
oleh Abd. Moeis Bin Abd. Halim K.B., P.A. (MAL) , Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Perunding Psikologi Kaunseling, Halis Counseling Services.

Comments